Friday, June 19, 2009

Permulaan BLOG & Anti Tempayan

Jumaat (19 Jun 2009) - Jam kat monitor dah pun pukul 4:02 pagi. aku tetap terkebil nak tulis ape kat blog aku nie. mule-mule aku xmo gak wat blog nie, pada aku mcm ape ntah buat blog nie. ttibe ade kwn aku nie crite n aku pasal kepuasan hati sendiri.. Eh!!..mcmne aku boleh lupe tentang prinsip hidup aku slame nie, kepuasan hati aku sendiri.. kippie.. kippie.. prinsip hidup ko sendiri ko lupe. Prinsip aku : pedulikan ape orang nak cakap pasal aku, janji aku puas hati dengan diri aku sendiri. Hrmmm.. ape nk kisah pasal mulut orang nie. semua manusia berhak nak bercakap sebab mereka-mereka itu dikurniakan mulut untuk bercakap. cume kadang-kadang mereka xsedar yang mereka cume pinjam jek mulut tu kat atas muka bumi nie. mulut tempayan boleh lah kita tutup, mulut orang memang xboleh tutup tapi penampor kan aje. orang jenis nie memang xgeti nak bersyukur..


Renung-renunglah Si Mulut Tempayan :

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman; ayat 12


Salah satu pesanan Luqman kepada anak-anaknya :

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

No comments: