Monday, July 6, 2009

KASIH MAK

6 Julai 2009 (Isnin) - Aku mungkin xde idea nak post tp aku mungkin xpernah lupa pengorbanan mak aku.. Sayang mak!!!.. (rindu dtg mengejut)..

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab : Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata “Kasih ibu membawa ke syurga” yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu kesinambungan daripada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Syurga di bawah telapak kaki ibu,” (riwayat Imam Ahmad).


nota dihujung penjuru page :: sayangi mereka selagi mereka masih ade, atau sayangi mereka sebelum kita yang tiade..

No comments: